Friday, 16 November 2012

Saat bertemu semula . . . .

Saat bertemu semula dengan orang yang pernah kau cintai dalam diam, hargailah dia. Kerana saat kau mencintainya, bukankah kau harus berharap dia selalu bahagia?

Saat bertemu semula dengan orang yang pernah kau cintai, senyum lah tanda berterima kasih Kerana dia adalah antara orang yang membuatmu lebih mengerti tentang kasih sayang.

Saat bertemu semula dengan orang yang pernah mengkhianati dan menyakitimu, berbincang lah dengannya. Kerana jika bukan dia yang mengajarmu, kamu tak bisa belajar erti sabar dan ikhlas.

Ternyata, mereka yang datang dan pergi dalam hidup kita, sebenarnya mengajar sesuatu pada kita. Cuma mungkin, kita tidak sedar kerana terlalu tenggelam dalam permainan emosi.

Mudah-mudahan, kita akan lebih menghargai.

No comments:

Post a Comment