Negeri-Negeri Selat
Terdiri daripada Pulau Pinang, Singapura dan Melaka .
Negeri-negeri ini dikuasai oleh SHTI satu demi satu sehinggakan pada tahun 1824 Negeri-negeri ini digabungkan menjadi Negeri-negeri Selat, iaitu kesan terbesar daripada Perjanjian Inggeris-Belanda diantara United Kingdom dan Belanda.
Pulau Pinang(
Gabenor George Leith ~ 1791)
Merupakan negeri pertama yang menjadi titik permulaan pertapakan Inggeris di Tanah Melayu. Francis Light menggunakan tipu helah bagi mendapakan Pulau Pinang dengan menandatangani perjanjian Inggeris-Kedah pada tahun 1786 bagi memberi perlindungan kepada kedah daripada ancaman Siam tanpa pengetahuan SHTI.
SHTI enggan memberi pertolongan kepada kedah ketika Siam menyerang Kedah . Hal ini kerana SHTI tidak ada kaitan dengan perjanjian yang Francis Light lakukan. Sultan Abdullah marah dan menghalau Francis Light dari Pulau Pinang. Francis Light enggan keluar dari Pulau Pinang dan Sultan Abdullah mendapatkan angkatan perang dan menyerang Francis Light. Namun begitu, serangan mengalami kegagalan. Francis Light memohon kedamaian dan sekali lagi menandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah pada tahun 1791 dan Pulau Pinang terpaksa menerima Gabenor George Leith sebagai gabenor pertama Pulau Pinang.
Singapura ( Residen Crowfurd ~1823)
Merupakan negeri kedua yg dikuasai oleh SHTI. Singapura mempunyai tempat yg sngt strategik untuk perdagangan China-India kerana selat Tebrau merupakan lalui utama kapal perdagangan. Pulau Pinang terlampau utara untuk bersaing dalam perdagangan. Oleh itu Raffle berusaha mendapatkan singapura. Raffles membina logi terlebih dahulu dan seterusnya menguasai Singapura melalui perjanjian pada tahun 1823 dan John Crowfurd menjadi Residen di Singapura.
Melaka( 1824)
Merupakan negeri ketiga yg dikuasai oleh SHTI. Negeri melaka hanya ditukar hak milik antara SHTI dan Belanda melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824. Melaka ditukar dengan Bangkahulu dalam perjanjian itu. Kesan daripada perjajian itu juga, kepulauan melayu terbahagi kepada dua. Utara Singapura menjadi milik SHTI dan selatan Singapura pula menjadi milik Belanda.
No comments:
Post a Comment